Thursday, January 10, 2013

Realisatri 2013


Dalam mengecapi kehidupan sambil memohon setiap apa yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Mu ya Allah swt. Setiap dugaan telah dan akan ku tempuhi dengan penuh kasih sayang terhadapMu, kerana ku tahu ujian dari Mu kerana kasih Mu jua... mengajar ku erti kekuatan dan ketabahan dalma hidup, hanya satu ku pinta... permudahkanlah segala dugaan yang Engkau berikan pada ku.. agar dapat kulalui dengan tabah dan tenang. setiap halangan itu pasti ada jalan penyelesaian nya.

Rezeki yang tidak pernah putus, tanda keberkatan Mu Ya Allah swt... Alhamdulilah.. Aminn Ya Rabbal Alamin.  
                                    
Suami yang amat penyanyang dan penyabar
tiada penganti diri mu kerana kasih sayang kita setulus hati mu
4 orang cahaya mata yang
banyak memberi semangat kepada ku
 dalam perjuangan duniawi
Hobi masa lapang dalam memenuhi Sunnah ummah
Dalam usia 40an bukan penghalang untuk melakukan sukan extrem yang penting kesihatan mengizinkan